Monday 14 November 2016

Malaysia Cipta Sejarah Di Marrakesh


MARRAKESH: Buat kali pertama, selepas 22 tahun menyertai Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan ke-22 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP), Malaysia mempunyai Pavillionnya sendiri.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kesungguhan dan komitmen Malaysia mempamirkan produk serta kejayaan negara ini telah mendorongkan Malaysia mengadakan Pavillionnya sendiri pada COP-22 di Marrakesh, Maghribi.

Beliau yang mengetuai delegasi negara yang terdiri pegawai tertinggi kementeriannya dan barisan pemimpin-pemimpin di Malaysia ke COP-22 pada siang tadi telah merasmikan pelancaran Malaysia Pavillion di tapak COP-22.

Mesyuarat COP-22 berlangsung dari 14 hingga 18 November 2016 adalah platform antarabangsa untuk menyampaikan pandangan dan pendirian negara mengenai isu-isu perubahan iklim serta mendapatkan komitmen peringkat tertinggi kerajaan bagi memastikan inisiatif serta sumber digembleng dalam merangka pelaksanaan Paris Agreement dengan teratur dan sempurna.



No comments:

Post a Comment